Kau Budak Pandai dowwhh!


Assalmualaikum semua.

Maaf sebab sudah empat hari tidak update blog. Sebabnya UIA start semester II pada 8hb hari tu. Jadi bila sudah mula semester baru... Saya pun sudah mula sibuk dengan kelas, meeting, dan kerja-kerja di kampus.
Banyak yang saya nak cerita pada sesiapa sahaja yang baca blog saya. :)
Untuk post ini saya nak cerita tentang hari pertama kelas.

Kelas saya bermula hari rabu yang lepas. kelas Moral from Islamic Perspective. Lecturer saya nama dia Dr Afareez. Dia penulis buku Misteri Firaun keluaran PTS. Google and find out!
Ok. Untuk pengetahuan korang... Saya lambat ke kelas pertama.... My bad.. sebab sebelum kelas start saya pergi settle urusan di Mahallah (kolej kediaman), ingatkan tak ambil masa yang lama. hehe.. dengan muka penuh yakin masuk je la kelas. dapat duduk belakang! ok fine....Saya memang tak suka duduk belakang: grrrrrr.. Bila dah duduk tu, Pensyarah tanya : "Siapa nama awak?"
"Errrrr.. Muhammad Syahmi."
"owh Kamu la budak yang pandai tu kan?"
Saya dengan terpinga-pinga dan ternganga-nganga dalam kepala fikir 'Dia ni perli aku ke apa'??? tahu la aku masuk lambat jangan la perli sampai mcam tu sekali.
memang confius dibuatnya.. Nak kata pensyarah saya puji bunyi macam sarcastic! nak kata perli.. muka macam ikhlas habis.
Kalau otak fikir negatif.. Dia memang perli aku..... sebab datang kelas dia lambat!
Kalau fikir ala-ala  sedapkan hati sendiri.. Agaknya dia nampak potensi aku mcam budak pandai kowt.. Baik Ameen kan cepat-capet.. Untung-untung Allah makbulkan doa.. jadi budak pandai aku!
Kalau fikir ala-ala gosip.. ni mesti budak-budak kelas "mengumpat" pasal aku sebelum aku masuk tadi.
Hahahah.. otak ni dah ala-ala penganalisa situasi dah.. aiyoo ni gara-gara saya tengah buat assigment berkenaan Emotion Intelligence la ni.

Tak kisah la apa-apa pun. Yang penting saya sangat bergembira kelas dah mula...Sebab saya tahu.. Saya bukan si bijaksana.. Saya tetap saya yang setiasa Belajar dan tak pernah rasa pandai.
Doakan saya yer.. :)

Share:

0 comments