Kau Tak Suka?? Aku peduli Apa!

"Naj! kau buat apa tu? awal-awal sem lagi dah sibuk menulis " Faezah menyapa. Dia duduk bertentangan dengan Fatin Najmi.
 " Tak buat apa-apa. Macam mana hari pertama kelas?" Fatin Najmi bertanya. Dia berhenti menulis dan menutup buku dihadapannya.
" Ok! Ok lah.. Best, cuma aku tak puas lagilah cuti.. Sekejap sangat aku rasa" Faezah mengeluh.
" Ala.. Biasalah awal-awal sem ni mesti rasa macam tu, nanti dah dua tiga hari ok la. Awal sem ni la kau kena ada semangat. Kalau awal-awal lagi dah lemah macam ni macam mana nak sampai ke destinasi?" Fatin Najmi balas.Ikhlas.
" Amboi... Dekat depan aku ni rasanya bukan Naj yang aku kenal lagi dah. Depan aku ni pakar motivasi agaknya" Faezah ketawa menampakkan giginya yang tersusun cantik.
"Kau ada je nak mengata aku! Hurmmm aku nak tanya kau ni. Kau ada cita-cita?"
" Ni sesi kaunseling ke sesi temuramah ni?" Faezah tersenyum sambil mengangkat kening double-jerk.
"Ah jawab je la.." Fatin Najmi bersungguh.
"Aku juga manusia" Faezah balas.Ringkas.
"Tapi, tak semua manusia ada cita-cita, kadang-kadang diorang pun tak tahu apa yang diorang inginkan" Fatin Najmi cuba memanjangkan perbincangan.
"Itu manusia tak ada jiwa"
"owh. ada betul juga kata kau tu." Fatin Najmi menarik nafas dalam.
"Kau kenapa tanya aku semua ni? Kau pula apa cita-cita kau?" Faezah pula bertanya soalan yang sama.
"Ada.. cita-cita aku nak jadi penulis. Tapi.. aku malu lah, sebab aku bukan hebat sangat berkata-kata. walaupun aku teringin sangat nak jadi penulis tapi kalau tulis cerita pun tak sehebat mana. Apa orang kata?"
" Kau tahu tak Naj perkara yang paling menyedihkan dalam hidup ni bila kita kena hidup atas dasar 'nanti apa orang kata'. Kenapa kamu perlu fikir semua tu. Tak perlu malu. Tulis je tentang apa yang kamu tahu. Lama-lama mana tahu jadi buku. Awal-awal mungkin la tak hebat mana tapi kau jangan lupa practice make perfect!"
"Amboi sekarang sapa pula yang pakar motivasi ni?"
Faezah angkat kening double-jerk.Muka bangga. Mereka ketawa.
Fatin Najmi masukkan bukunya kedalam beg dan bersiap untuk beredar.
"Eh, kau nak kemana tu?" Faezah bertanya.
"Menulis!" Fatin Najmi balas.Ringkas.
Faezah tersenyum dan menggelengkan kepala. Dia melihat Fatin Najmi mula beredar.

***********

Tak tahu sebenarnya nak cerita pasal apa. Huhu cuma tadi saya berjumpa dengan kawan saya di kafe. Dia tanya bila nak update cerita. Hahaha. nah dia cerita untuk awak! dan saya ada baca artikal wani ardy dan saya sangat suka dengan kata-kata dia. :
Treat your writings like they’re your children. Don’t be ashamed of them. Kalau dia cacat pun tak payah sorok. Kalau dia lain daripada yang lain pun berdiri sebelah dia. Protect them; jangan bagi orang salah guna. Kalau orang nampak salah dia, be ready to say sorry. Kalau orang tak suka dia, LANTAK, yang penting awak suka, and you find ways to make them better. You gave birth to them; you should be responsible, not embarrassed.

Ada benar apa yang dikatakannya. Biarlah macam mana sekalipun cara penulisan saya dekat blog ni buruk, hodoh, cacat atau teruk macam mana sekalipun peduli apa. Saya menulis dengan jiwa. Saya menulis kerana suka. Saya menulis kerana ia seolah nafas saya. Awak tak suka??? tak perlu baca! heheheh ok. Adious!

Menulis walau tak tahu apa..,

Share:

8 comments