Kau Tak Boleh Menangis!!!!

cry by : classicdesign-Devianarts
Percaya atau tidak.. saya boleh menangis tanpa ada sebab yang kukuh, tanpa dengan keinginan dan ia boleh datang secara tiba-tiba. Percaya atau tidak bila perasaan itu hadir saya akan menangis seperti anak kecik. Teresak-esak.

Saya tidak pasti kenapa itu boleh berlaku pada saya. Saya juga tidak pasti bahawa anda juga pernah merasakan perkara yang sama. Jika pernah ceritakan pada saya.

Perasaan saya akan rasa sangat lega bila lepas menangis. Ringan!

Kadang-kadang saya terfikir, Kenapa saya boleh menangis secara tiba-tiba. Saya ta pasti jawapan yang saya dapat ini adalah betul atau tidak.Tetapi bagi saya mungkin ada kaitannya.

Mungkin kerana sikap saya yang selalu memendam rasa. Bila saya ada masalah saya tidak meluahkan. Mungkin banyak perkara-perkara atau dendam yang pendamkan dalam diri.. yang saya tak lepaskan. dan ia seolah-olah seperti bom masa yang menanti saat untuk meletup and suddently BOOOOOM! saya menangis.

Pernah saya menjadi takut bila saya lama tidak menangis... Saya tertanya kenapa saya sukar untuk menangis. Kenapa saya tak mampu menangis lagi... Saya takut hati saya sudah keras.. Sudah tidak mampu menangis...
Saya takut lama-lama saya tidak ada perasaan simpati pada diri... dan lama-lama memakan diri.

Saya tahu saya dah lama biarkan diri saya menghadapi apa jua yang dihadapan, Pendam segala rasa yang sepatutnya saya keluarkan. Kadang-kadang kalau kita fikirkan tidak salah kalau kita kecewa dengan orang, kita bengang dengan orang, kita marah dengan orang dan tak salah kalau kita juga menangis kerana orang.

Pernah kawan saya cakap pada saya : u're always taking risks regardless big or small..but somehow u managed to handle every single piece of it...so never lose hope in anything tau...: )

Ya, memang saya akui.. i always taking risks...and somehow i managed to handle.. tetapi deep inside its killing me.. Kadang-kadang saya rasa adalah tanggungjawab saya untuk jaga orang disekeliling saya. Macam mana saya mampu kalau suddently kita dah lama berperanan sebagai anak bongsu yang tidak tahu apa-apa kerna tukar peranan sebagai anak tengah. Bagaimana saya mampu untuk menjadi orang tengah untuk setiap ahli keluarga saya? macam mana saya perlu sentiasa menjadi neutral untuk mendamaikan andai ada pertelingkahan? bagaimana saya mahu berikan jawapan yang terbaik kepada semua supaya tidak ada yang terasa dipinggirkan. Begitu juga saat Abah meninggal, macam mana dalam kita belum habis bersedih dengan kehilangan kita dibisikkan dengan tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Terasa satu batu berat terhempap dibahu. Bagaimana saya kena lupakan kegembiraan zaman kanak-kanak, remaja untuk berhadap dengan semua yang datang secara mendadak.

Begitu juga dalam persahabatan, i always be big brother to them. Kadang-kadang rasa seolah mereka seperti anak sendiri yang perlu dijaga. Bagaimana saya pernah bermimpi kawan saya mati malam sebelum saya dan kawam-kawan bercuti ke Pulau Pangkor.. Bagaimana kita nak bagitahu pada sesorang yang dia akan mati? Saya jadi protective pada dia. Supaya saya dapat pastikan mimpi itu hanya mainan tidur semata.

Kadang-kadang saya terpaksa pendamkan masalah supaya orang tahu saya kuat. Saya mampu untuk handle semua masalah tanpa berharap pada orang lain.


Tetapi.. lama-lama perkara ini mendatangkan keburukan. Dia makan diri saya dari dalam. Nampak kuat diluar.. tetapi di dalam rapuh.. sebab itu saya boleh menangis dengan tiba-tiba agaknya.

Saya belajar bahawa kita ini manusia biasa.... Kita perlukan seseorang.. kita perlu meluahkan.. kita perlu menangis.. kita perlu marah.. kita perlu ada semua perasaan... cuma kita kena pandai kawan mereka.

Kau Bukan Tak boleh menangis!
Kalau Boleh!

Kalau kau malu menangis depan kawan kau atau sesiapa... Kau menangislah depan Tuhan!





Share:

5 comments